E-buku ini mendedahkan perjalanan hidup Cikgu Muhd Rashid, seorang pendidik yang jiwanya terpanggil untuk mendepani arus perubahan zaman. Ikuti kisah dramatik beliau yang jarang diceritakan: Keberanian berhadapan ancaman, integriti yang diuji, pengorbanan tanpa ragu dan arkitek kemenangan dalam perjuangan siasah. Daripada mengajar di bilik darjah sehingga bertarung di medan pilihan raya, e-buku ini padat dengan pengajaran tentang kesabaran, pengorbanan, dan istiqamah. Ia adalah bacaan berguna bagi sesiapa sahaja yang ingin memahami erti sebenar sebuah perjuangan yang tidak pernah bernoktah.