Kembara Jiwa Cikgu 3M ialah catatan pengalaman saya mengajar dua orang murid iaitu murid yang ketinggalan pelajaran asas membaca semasa PKP, dan murid yang masih lemah dalam kemahiran asas membaca serta membina ayat Bahasa Melayu. Buku ini merakamkan kisah sebenar perjalanan hati dan jiwa saya dalam berjuang menghadapi cabaran emosi untuk memimpin anak-anak ini untuk membunyikan huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan.